My persOnal detail...Mari la berkenalan sama saya


Thursday 30 June 2011

hai.salam........

today nk cter ckit...hri sukan pun dh lpas...uh..lega..
kalo tk mnjang tk msuk klas jer..hoho..
anyway...pnat jgak kna hndle ank2 buah ni...huhuk...
pmbrisan lg...nsib bek khemah da gak owg tlg hndle..kalo tk pngsan aq...
but tk sia2 gak usha aq,brtngkus lumus ciapkan sepanduk n aksesori tuk pmbrisan..
nk taw npa?? mnang gak...dpt naib johan...huhuk...alhmdulillah...
 dlam sukan plak yg aq msuk...aq mnang dua pngat emas tuk 4x100 . 4x2oo..huhu..
tq my team...cayalah...huhuk...
wlaupun umh phlawan {merah) kalah tuk kseluruhan tp mnang gak tuk pmbrisan..
biardepa nk kta pa pun...huhu...anyway....phlawan bley....thun cba lg tuk mnang...
tp aq pun dh tk der...huhuk...chaiyok2...



Tuesday 28 June 2011

hai sume...dh lma aq tk update blog ni kan...urm...sorry..i'm buzy lorh..huhu..
today aq nk kngsi la ckit pndangn aq tntng percntaan nih..huhu..
mmg bnyk dgaan kan?? yah..mmg tk dnafikan...aq pun dh pnat tnggung
dgaan nih...tp hnya Allah Yang maHa brkuasa dan hnya Dia ja mgetahui sgalanya..
kta hnya mrancng n Dia yg mnentukan...pada mmber2 aq...aq taw apa korang rsa bla brjauhan
kan...cm aq jgak...my hubby aq dok jauh nun dsana...tp dgan pnuh ksbaran aq tmpuh..
pada kwn2 aq,,,bca dan fhamilah dgn pnuh mkna...



Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.


Wednesday 15 June 2011

RinDu sahaBatku.......

salam sume...

bley tk nk kngsi ckit crita utk hri nih...???? mmg cdih sngat2....urm...
hri nih sahabat aq dtg skolah dlam keadaan sayu dan cdih...
aq tgk dier pun aq cdih taw...huhu...bkan ape aq wlaupun bkan aq yg
kna msalah tu tp aq dpat rsa btapa suashnya n cdihnya hdup dier skarg ni..
sbnarnya...ayh dier msuk hspital...kna strok....dh 2hari dier tk p skolah...
bwu hri nih dier dtg..tu pun sbb ader perbntangn penyelidikan yg dier wt..

Yg myedihkan lg msa  dier g jmpa gru klas kmi...cter hal sbnar apa yg brlaku
kt dier..dier nangis msa tu...aq trasa sbak sngat2 aq pun ngis jgak..aq tk dpat
nk byangkan kalo hal tu yg trjdi kt aq...uh...mmg hlang smgat...tp dier seorg yg
tbah..aq hrap dier sbar tmpuh dgaan nih..n aq cba bntu stakat aq yg mampu..
pape pun bnyak2 berdoa...sMoga ayh dier cpat smbuh.Wlaupun aq bwu rpat
dgan dier thun ni tp aq dpat rsa dier mmg shabt yg bek utk aq..aq hrap tk da
org yg akan kcaw prshabtan kmi..

Shira, aq doakan ayh ang cpat smbuh...n cpat2 lah ang dtg 
skolah yer nnti...aq rndu nsnyi bla ang tk dak..huhu...ang 
kan taw prngai aq kan...hnya ang ja yg ley fhm aq...tk da
 ang, aq tk hppy...aq akn cba bntu ang k...aq mhukan ang 
yg priang n trsnyum cm dlm gmbar nih...aq tk maw tgk ang 
cdih2...pape msalah gtaw..aq akan cba bntu stakat aq mmpu..
OK????? salam syg dri aq...niessa..
                  




Tuesday 14 June 2011

KisAh Aku................

Salam...sume....


Kisah aku nih berdasarkan pngalaman aq sndri..hehehe...bkan mudah kan nk brkngsi tntang kisah cnta aq nih...hoho..jom kta tinjau cter aq nih...yezzzaa.............


Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.


Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika sesi suai kenai  dengan abang2 guide yang akan menbawa kami dan menjaga kami semasa xpdc mendaki bukit dan meredah hutan di Bukit Larut, hanya satu perkataan sahaja yang aku fikirkan "aku nak enjoy". Tidak menghiraukan langsung pada orang lain...teruk kan?????? huhuhu.

Pertemuan yang berlaku sewaktu xpdc tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, semasa hari pertama disana aku tk terfikir langsung utk mendekatinya. Tapi yang peliknya pada hari kedua dan hari ketiga baru lah aku dengannya mula rapat dan aku tk tahu bagaimana hal tu boleh terjadi..tk disangka kan??????? huhuhu..

Pada hari pertama xpdc tu, kami ramai-ramai sedang pasang khemah..Tetapi amat memalukan apabila group aku telah salah memasang khemah..hahahah...so dia datang membantu untuk pasang khemah tersebut...huhuhu..masa tu memang rasa malu sangat2 tetapi aku wat biasa jer...hahaha...Pada malam tu, kami beramai-ramai sedang berborak...tanpa aku sedari dia dok di belakang aku...hohoho..pas tu aku terasa bosan dgan keadaan yg agak sejuk,aku dok di depan khemah keseorgan...nk taw pas tu apa trjdi???
dia tegur aku...hahaha...ya aku ingat dia ckap pda aku napa dok trmenung sowang2....lbih kurang cm tu la...
aku hnya jwb saja2...sbab msa tu mmg aku tk rsa pape lnsung...sama da maw brknalan dgan dia ka apa ka..mmg tk da...msa tu dia rapat dgan member aku sampaikan mber aku cter psai dia msa kmi nk tido...aku hnya dgar sja...hahahaha...

Pda hri kdua tu,kmi trus lg daki bukit...ha..msa hari tu la aku dgan dia mula rapat...aku buli dia...hahaha...eh2..bkan...mnta tlg jer...tlg bwk khemah...dia pun tk ksah...n follow ja blakang kmi...smpai ja check point 2 kmi brmlm kt ctu...aku dagn dia mla brtngkar...hahaha...nk taw npa???
berebut nk p mndi...hahaha...last aq gak mnang...besa la pmpuan kan...laki tk pa la snang...
mlm tu aku lepak dgan abg2 guide n tgk depa masak...depa yg msak taw...ha tp kmi da tlg gak k...tlg tgk n tlg nyibuk jer...huhu..masa tgah sembang tu mmber aku bgtaw kt abg2 guide suma yg aku ni kt skolah dgelar "pikachu"....waaa....msa tu mmg aku malu gla2...smpai abg2 guide dok pnggil aku ni pikachu...trmasuk la si dia tu..uh...sengal!!!!!!! geram!!!!! tp msa hri tu kmi tk brapa rapat lg..aku rapat dgan ckgu Manan...lyn dia dgan aku2 jdi gla taw...huhu...

Pada hri ktiga plak kmi daki lgi...tp msa tu dia tk follow aku...dia kna follow group len...huhu
yg jga group aku Cikgu Manan..elok dh nk smpai bnglo bwu la aku nmpak btng hdung dia..cm na ley trsesat tk taw r...hahah..ha..msa tu la dia tlg aku utk redah bukit tu....pnat!!!!!! uh...smpai ja bnglo aku kmi suma rhat..mlm tu aku lepak dgan geng2 bdak perak...aku tk dok lngsung dgan si dia tu...dia dok kt blakang..mna aku nk taw dia da ctu..kalo aku taw ley la gak aku p smbang2 dgan dia kan...hahaha...tk lma mna pas tu mber aku gtaw yg dia pnggil aku p blakang...aku pun p la tp lmbat gak la...aku g lepak dgan dia sat ja...sbab aku rsa smcm dok kt bwh tu...aku nek blik dok dlm banglo...smbil smbang2 dgan abg din, Cikgu Manan n kwn2 yg len...

Pada hari ke-4 plak kmi akan trun ke kaki bukit dgan jip...smntara jip dtg amek...aku lepak dgan si dia n abg2 guide yg len...msa tu depa brtukar2 no tepon tp msa tu aku tk trfikir pun nk bg no tpon kt depa...aku hnya diam jer...huhu...ada mmber aq mntak no tpon si dia...tp msa tu mmg tk trasa pape pun...hahahahaha......sombong ktakan...huhu...eh2..tk la..kalo sape knai aku tu akan jdi ramah la...blum cba blum taw r...hahaha..

pas tu kmi pun brtolak blik...msa dlm bas tu la bwu aku terasa nk no tpon dia tu..hahaha..aku mntak kt mber aku...tp amek bkan nk wt pe oun...sjer2 amek..mna taw kot kmi nk p lg bkit larut tu kan...snang nk cntact... smpai ja umh aku rsa trgerak hti nk msg dia...aku juz msg nk gtaw yg kmi sume dh smpai umh msing2...
pas tu aq mula msg n mula kani2 dgan lbih rapat lg...

Tp apa yg kta tk sangka tu la yg trjdi...aku dgn dia bERCINTa.....hahaha..mustahilkan...aku pun tk sngka sume tu trjadi..mgkin jodoh la kot...huhu...aku mla knai dia msa blan 12 thun lpas...n aku mla bersma dgan dia pada blan 1 thun ni..iaitu 3/1/2011.........wah.....hehehe...smpai la skarg aku msih brsama wlaupun aku trpaksa brdepan dgan bnyak hlngan....doa-doakanlah aku yer smoga brkekalan...Insya-Allah..aMin...

itulah kisah aku dgn dia mula bertemu,brkenalan n BERCINta...Opppss.lupa plak aku...aku tk gtaw plak sape dia kan?????? huhu...dia tu slah sowang dripada abg2 guide yg jga kmi tu...hahaha...nma pnggilan dia dlam group depa tu TENGKU KUDIN.....mula2 aku ingat dia tu mmg nma dia da tengku rupanya tk pun...hahaha........
nma sbenar dua SHARUDIn.............huhu..

Ok la smpai cni je lah kisah tntang aku dan dia....thanks pada sape2 yg bce kisah aku nih...
papai.........wsalam......... -Aishiteru-

   





apa itu CINTA?????????????



Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
    
                     



kegAGAlan............bukAN GAGAl selamaNYA...........


Langit Tak Selalu Cerah




Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang. Namun kegagalan datang jua
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah. Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan kita gagal
Namun…
Gagal bukan bererti kalah
Gagal bukan bererti gagal selamanya
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.

Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi. 
Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu. 
Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.
 
Gagal sekali bukan gagal selamanya. Masih ada ruang untuk bernafas mencari sinar kejayaan. Bagi yg berjaya aku ucapkan Tahniah dan teruskan momentum korang. Bantulah sahabat2 yg lemah. Teruskan perjuangan..





Monday 13 June 2011

hai...salam..
aQ nk kOngsi ckit ler dgan korang psaL lelaki nih...
LeLaki ni aDa yG ok n aDa Yg ko...btoi tk?????? huhu..
so i think u all sUme mSti da pasaNgan msIng2 kan???
bgitu jgaK dgan aQ...huhuhu....
aNywaY kta sbgaI pmpuaN tk perlu sngat nk mMilih psaNgan kan...
Tp kdang2 tu kta nK jgaK dpat psangan yg aGak seraSi dgaN kta kan...
sO kt cni aq Nk bg tips ckit psAi bbraPa cbab Yg mmbuatkaN waNita 
ni bnCi pda lelaki...Tp koraNg sume kna taW la tk suMe lelaki cm tu kan...
jom kta same2 lyan tips nih...huhu...yezzza.....!!



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

8. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

9. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

10. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

11. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.



12. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

13. PUTAR BELIT


Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


ha.......amacam??? ada tk psangan koraNg yg cm nih??
so koRang kna la pk dgaN bek yer...
ok..papai......

Sunday 12 June 2011

haDiah sPeciaL dri My huBby......



Hai sume.......maRi cni syer nk cter......huhu
koWang nk tawu tk???????  aQ happy cngaT2 coz 
aq dpaT hdiaH speciaL dri my hubby..hohoho...
woW....hapPy bnGat....beG ni mahaL gak la...
thaNks My huBby.....syg cyunk abg SeweL syG ni 
cngat2.....hahahaha....psaNgan yaNG agaK SeweL....
syg aKan jga beg ni bek2 taw...huhu.....
syg pegi mne2 pun aKan gna beg ni taw...ha..huhu
mmmmuuuaahhhh!!!!!!!!! tuk aBg dIn seWel......hoho





Saturday 11 June 2011

LuAhan hati Wanita

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.